Kelab 125z Malaysia
Kelab 125z Malaysia
Kelab 125z Malaysia
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kelab 125z Malaysia

RIDE ALONE if you want to go FAST, RIDE TOGETHER if you want to go FAR..
 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 RIDE GILA KENTAL 2017 KOTA TINGGI JOHOR

Go down 
2 posters
AuthorMessage
wakasy
Zone Marshall
Zone Marshall
wakasy


Posts : 149
Join date : 20/02/2011
Age : 34
Location : Pasir Gudang, JB, Segamat, Shah Alam

RIDE GILA KENTAL 2017 KOTA TINGGI JOHOR Empty
PostSubject: RIDE GILA KENTAL 2017 KOTA TINGGI JOHOR   RIDE GILA KENTAL 2017 KOTA TINGGI JOHOR Icon_minitimeMon 28 Aug - 10:36:54

RIDE GILER KENTAL
 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T….

Sekian lama tidak bersua muka maka dengan rendah diri kami tuan rumah akan mengadakan satu event Ride Giler Kental (R.G.K) yang sedia maklum akan dijalankan setiap tahun. Setelah diperkenan oleh majlis tertinggi Kelab 125z Malaysia, maka dengan ini mengistiharkan bahawa R.G.K akan berlangsung di Tanjung Sepang, Kota Tinggi, Johor. Ride ini bertujuan mengumpul seberapa ramai rider terutamanya yang menunggang 125z dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak disamping mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Berikut adalah butiran program:

Tarikh : 29 – 30 September dan 01 Oktober 2017
Lokasi : Arena Sepang Resort, Tanjung Sepang, Kota Tinggi, Johor

BAYARAN


Bayaran untuk peserta adalah sebanyak RM60 untuk sekepala (penumpang juga dikenakan bayaran yang sama). Bayaran yang dikenakan adalah untuk:

1. Penginapan 2hari 2malam
2. Makanan
            Sabtu - Makan tengah hari
                     - Makan malam & BBQ
            Ahad  - Sarapan pagi
3. Stiker special edition beserta no siri sebagai tiket LUCKY DRAW. Jika ingin menambah tiket LUCKY DRAW
   bayaran sebanyak RM 10 dikenakan.

Hadiah LUCKY DRAW adalah seperti berikut:

1. GRAND PRIZE         = ENKEI 3 BTG FULL COP
2. SECOND PRIZE       = CARBURATOR 125Z
3. THIRD PRIZE          = HELMET SGV OREN
4. KE – 4                    = RANTAI MOTOR + SPOCKET (33 15)
5. KE – 5 HINGGA 9    = 2T MAXOIL (1LITER) + PLUG
6. KE – 10 HINGGA 15 = 2T SHELL (500ML) + PLUG
7. KE – 16 HINGGA 20 = 2T SHELL (500ML)
8. KE – 21 HINGGA 25 = PLUG  


Bayaran boleh dilakukan pada zone marshall masing2 sebelum sampai kedestinasi bagi memudahkan pengurusan. Zone marshall hendaklah memastikan dan mengenalpasti ahli yang datang bersama mereka dengan mengemaskini nama ahli dan bayaran sebelum sampai ke tempat penginapan. Bayaran yang telah dikumpulkan oleh zone marshall akan diserahkan kepada urusetia ketika berada disana.

AKTIVITI

Kami wakil Johor Section ada menyediakan aktiviti yang akan berlangsung disana antaranya:

1. Aktiviti sukaneka spt tarik tali, kerusi beracun dan sebagainya.
2. Aktiviti santai dan riadah.

TENTATIF

29/9/2017 (JUMAAT)


Diharap zone marshall dapat membuat perancangan masa untuk tiba ke lokasi bergantung pada jarak dan keupayaan jentera (backup masa jika ada jentera problem). Sebelum bergerak pastikan fizikal dan mental dapat rehat yang secukupnya supaya dapat sampai dengan selamat dan tepat pada masanya.

30/9/2017 (SABTU)

9:30am – 10:00am  : Bangun tidur, lepas tu buat ape yg patut (bersenam, mandi dan uruskan diri) dan bersiap
                               untuk sarapan pagi (makanan tidak disediakan).
11:00am – 12:30am : Aktiviti santai bersama ahli kelab.
1:00pm – 2:30pm    : Makan tengah hari, solat dan berehat sebentar.
3:00pm – 7:00pm    : Aktiviti sukaneka akan dilansungkan.
7:00pm – 8:30pm    : Mandi, solat, bacaan yasin dan aktiviti bebas
8:30pm – tamat       : - Makan malam BBQ
                                - Sesi penyampaian hadiah dan LUCKY DRAW
                                - Aktiviti selesai (ikotlah nak beramas mesra @ overnite sampai ke pagi)

01/10/2017 (AHAD)


9:30am – 10:00am   : Bangun tidur, lepas tu buat ape yg patut (bersenam, mandi dan uruskan diri) dan bersiap
                                untuk sarapan pagi.
10:00am – 11:30pm : Sesi bergambar kenangan bersama peserta R.G.K. Selepas itu, bersalam-salaman dan
                                bersurai.
12:01pm – 1:30pm   : Makan tengah hari (sendiri bayar x ditanggung)

PESANAN PENGANJUR

1. Pandulah dengan berhemah (biar cepat asal selamat)….ingatlah orang yang tersayang
2. Pastikan jentera dalam keadaan yang selamat, diservis, dupgrade, tayar yang baik, enjin yang power dan
   sewaktu dengannya
3. Pastikan memakai pakaian yang cerah dan sume lampu isyarat mtr mesti berfungsi
4. Bagi yang mtr terlebih power dan minyak kuat tu, standby lah minyak spare
5. Standbylah duit jika berlaku kecemasan :- tayar pancit, jem rod, piston bobos, side mirror pecah dll.
6. Pastikan mengikut arahan zone marshall dan patuhilah undang-undang jalan raya.

Individu yang ingin follow event R.G.K sila rojer Marshall Negeri Masing²

Disini disertakan senarai nama Zone Marshall yang korang perlu rujuk:-

# Shiro - PERLIS - 012-4419579
# Iqbal Had - PERLIS - 017-4052690
# Amat7021 - PERAK - 012-5920407
# Boy - PERAK - 017-5656027
# Ame Jamil - PERAK - 013-4380021
# Fatah - PAHANG - 017-9400265
# Siput sedut - KEDAH - 01124029622
# Basri Omar - KEDAH - 012-5807435
# Haikal Sujak - SELANGOR - 012-6543813
# Dino Dax- HQ/SELANGOR - 014-5134056
# AJi KaMiL - MELAKA - 017-3540476
# Wakasy - JOHOR – 018-7691916
# Wann SN - JOHOR - 017-7503675
# Eijoy – JOHOR – 018-7794677
# Hery Kery - PENANG - 017-4988396
# Farid - PENANG - 017-3358569
# Shide - NEGERI SEMBILAN - 019-2761243
# Chaklek - KUALA LUMPUR - 012-2053371
# Hafiz - KUALA LUMPUR - 017-2752519
# Mukri yie - TERENGGANU - 013-4684833
# Mie G Charlie - TERENGGANU - 012-2452912
# Akeem Mustaqeem - KELANTAN - 018-2470803
# Adam - KELATE - 014-5181080


Dengan kedatangan semua ahli diharap dapat memeriahkan lagi event R.G.K pada tahun ini.

Zone Marshall Johor Section K125zM
Wakasy
K125zM_0013
018-7691916 Whatsap/Call   Smile

lol!
Back to top Go down
amat7021
Zone Marshall
Zone Marshall
amat7021


Posts : 18
Join date : 14/09/2012
Age : 35
Location : bukit merah

RIDE GILA KENTAL 2017 KOTA TINGGI JOHOR Empty
PostSubject: Re: RIDE GILA KENTAL 2017 KOTA TINGGI JOHOR   RIDE GILA KENTAL 2017 KOTA TINGGI JOHOR Icon_minitimeWed 20 Sep - 20:31:09

sunny
Back to top Go down
 
RIDE GILA KENTAL 2017 KOTA TINGGI JOHOR
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» RIDE GILA KENTAL (RGK) 2015 KEDAH JELAPANG PADI
» Ride Kental Terengganu
» RIDE YEAR END GATHERING MERSING, JOHOR (20-22/12/2013)
» motor top speed kurang serta fuel consumption tinggi
» Kuda ku lari gagah berani..update lagi..motor 46 ori

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab 125z Malaysia :: Terkini & Akan Datang/Latest & Upcoming Programmes-
Jump to: