Kelab 125z Malaysia
Kelab 125z Malaysia
Kelab 125z Malaysia
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kelab 125z Malaysia

RIDE ALONE if you want to go FAST, RIDE TOGETHER if you want to go FAR..
 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Kelebihan Habbatus Sauda

Go down 
4 posters
AuthorMessage
Dino
Penaung
Penaung
Dino


Posts : 1022
Join date : 19/02/2011
Age : 31
Location : Pasir Mas, Kelate===>Shah Alam

Kelebihan Habbatus Sauda Empty
PostSubject: Kelebihan Habbatus Sauda   Kelebihan Habbatus Sauda Icon_minitimeWed 26 Oct - 20:55:19

Kelebihan Habbatus Sauda Habbatussauda


Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan
segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin setiap masalah yang kita
hadapi tidak dapat diatasi mengikut cara Islam. Sebuah hadis daripada
riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah,
daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“ Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jika ubat sudah bertepatan
dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah S.W.T
“(Riwayat Muslim)

Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu
Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda
bermaksud:
“ Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan ubat dan penawarnya.”
Habbatus Sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak
didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun. Ia
merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu
dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India
untuk mengunati pelbagai jenis penyakit.

Jintan hitan diperolehi daripada bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga
berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang
mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.
Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-bijinya berubah menjadi warna
hitam. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam makam Firaun
Thukankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan
kecantikannya.

Jintan hitam ini juga digunakan oleh ahli pengubatan Yunani untuk
mengubati sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi
parasit usus seperti cacing. Biji Habbatus Sauda mengandugi 40% minyak
constant dan 14% minyak aviary, juga mengandungi 15 asid amino, protein,
kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Komposisinya yang paling
penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ),
Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY)

Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh
menyembuhkan penyakit. Namun setelah Ilmuwan Islam menjalani ujian
klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka barulah mengakui akan
kebenarannya.

Jintan hitam atau Habbatus Sauda atau dalam bahasa saintfiknya
Nigella Sativa telah digunakan dikebanyakan negara Timur Tengah untuk
pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan namun
kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab. Oleh itu, pendedahan terhadap
dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus
Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam
hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan
al-Saam (mati).” (Riwayat at-Tirmizi).

Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: “Kami keluar dan bersama kami
ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke
Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq
menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan Habbah
as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah.
Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di
sisi ini.”

Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi S.A.W bersabda: “
Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit
kecuali penyakit al-saam. Ditanyakan apa itu penyakit sham, beliau
berkata al-saam adalah kematian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis-hadis yang disebutkan di atas, maka jelaslah kepada
kita akan kelebihan habbatus sauda. Malahan dari segi Perubatan Islam,
minyak habbatus sauda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci
Al-Quran dan ayat-ayat ruqyah mampu memulihkan pesakit yang mengalami
gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

Habbatus sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa
keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu
merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut,
tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi,
rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan
sebagainya.

Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda
merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu
Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan bahawa
habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk,
bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat,
sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air
liur dan sebainya.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa habbatus sauda mampu
untuk meningkatkan daya tahan sakit (sistem imunisasi). Imuniti adalah
kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk
melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja
habbatus sauda dalam tubuh adalah untuk memperbaiki, menjaga dan
meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit.
Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis
penyakit.

Habbatus sauda juga mampu melarutkan toksin atau racun dalam tubuh
manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas,
tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut,. Air
tersebut akan berubah menjadi warna kebiruan. Ini dapat dimisalkan
bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah
itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan
vetsin tersebut dan adunkan. Warna air itu dengan serta merta akan
melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.

Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ
penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan
gejala berupapening, gangguan pernafasan, dan daya kosentrasi yang
menurun. Habbatus Sauda yang mengandungi Saponin, boleh meneutralkan dan
membersihkan racun dalam tubuh manusia.

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stress.
Ini sisebabkan Saponin yang terkandung dalam habbatus sauda memiliki
fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme
karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal
dan otot tubuh serta saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri
dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, dan dapat menghilangkan
stress.

Antara pengguan dan manfaat Habbatus sauda ialah:
1. Ditumbuk dibuat adunan dan dicampur dengan madu. Diminum setelah
dicampurkan dengan air panas sebagai rutin harian. Ia dapat
menghancurkan batu ginjal dan batu kandung kencing, memperlancar air
seni, haid dan asi.
2. Diadun dengan air tepung basah atau tepung yang sudah dimasak. Ia bolah mengeluarkan cacing dengan lebih cepat.
3. Minum minyaknya kira-kira sesenduk setelah dicampurkan dengan air. Ia
dapat menghilangkan sesak nafas dan penyakit yang sejenis dengannya.
4. Dimasak dengan cuka dan dipakai untuk berkumur-kumur bagi mereka yag sakit gigi.
5. Digunakan sebagai pembalut dicampurkan dengan cuka untuk mengatasi jerawat dan kudis bernanah.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan habbatus sauda yang masih belum
diketahui. Moga kita bertambah yakin terhadap Islam dan perubatan Islam.
Wallahu’alam.
Back to top Go down
miey ZR
Senior Member
miey ZR


Posts : 69
Join date : 25/07/2011
Age : 31
Location : PARIT BUNTAR/IPOH

Kelebihan Habbatus Sauda Empty
PostSubject: Re: Kelebihan Habbatus Sauda   Kelebihan Habbatus Sauda Icon_minitimeWed 2 Nov - 14:56:52

Smile
Back to top Go down
ame jamil
Zone Marshall
Zone Marshall
ame jamil


Posts : 909
Join date : 19/02/2011
Age : 35
Location : Perak Darul Ridzuan

Kelebihan Habbatus Sauda Empty
PostSubject: Re: Kelebihan Habbatus Sauda   Kelebihan Habbatus Sauda Icon_minitimeFri 4 Nov - 0:51:17

ada x gambor original Habbatu Sauda'???
Back to top Go down
jie
Super Senior Member
jie


Posts : 156
Join date : 04/12/2011
Age : 31
Location : perlis indera kayangan

Kelebihan Habbatus Sauda Empty
PostSubject: Re: Kelebihan Habbatus Sauda   Kelebihan Habbatus Sauda Icon_minitimeTue 20 Dec - 13:46:50

Smile I love you
Back to top Go down
Sponsored content





Kelebihan Habbatus Sauda Empty
PostSubject: Re: Kelebihan Habbatus Sauda   Kelebihan Habbatus Sauda Icon_minitime

Back to top Go down
 
Kelebihan Habbatus Sauda
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tayar motor (kelebihan - kekurangan)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab 125z Malaysia :: Sembang Tentang Agama 'Islam'-
Jump to: