Dikatakan
bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti
memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang
panjang. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua
babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.
Kebenarannya:Jangan ada niat menyimpan kuku
panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang
Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun
kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita
apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Islam yang berkuku panjang
biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar
sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa
menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang,
uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima
masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah.
Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata
pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Sains tidak menafikan sunnahKuku panjang mempunyai sejenis
kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman
tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.
Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri
sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu
dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw.
kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu
anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali
iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan
jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang
kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru
cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di
zaman Nabi Lut a.s.
PerhatianCara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila
nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang
kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak
sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai
cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi
saw. senang je kita dapat pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم
يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق
العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ،
وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن
البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ،
البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)Maksudnya: "Tidak thabit dalam
tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun. Ibn Daqiq
al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh
al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara
itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan,
ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di
sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan
dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka
jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu.
Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada
asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah
kanan."
wallahu a'lam.